NHMS adalah satu Kajian atau Survey untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia. Maklumat yang diperoleh ini akan dikaji dan dinilai bagi meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di Negara ini.
Tahun ini, tinjauan ini akan melibatkan sebanyak:
Semua ahli keluarga / ahli isi rumah bagi rumah yang terpilih secara rawak akan ditemuramah dan pemeriksaan kesihatan turut dijalankan.
Pemilihan rumah adalah secara rawak yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, di mana lebih kurang 12,000 rumah kediaman yang mewakili kawasan bandar dan luar bandar daripada senarai kediaman seluruh Malaysia telah terpilih untuk kajian ini.
Rumah-rumah yang terpilih akan dilawati oleh Pasukan Pengumpulan Data yang terdiri daripada 4 orang penemuduga, seorang jururawat dan seorang penyelia pasukan dengan kenderaan yang mempunyai pelekat khas NHMS.
Semua pegawai yang terlibat akan diberikan:
• Tanda nama khas sebagai pengenalan diri, dan
• Surat pengenalan diri bagi menjalankan tinjauan ini
Semua ahli isi rumah akan diukur tinggi, berat badan, panjang (untuk kanak-kanak bawah 2 tahun) serta ukur lilit pinggang (untuk ahli isi rumah 13 tahun dan ke atas) dan betis (untuk ahli isi rumah 60 tahun dan ke atas). Bagi ahli isi rumah yang berusia 18 tahun ke atas, akan diukur tekanan darah serta diambil sampel darah untuk mengukur paras gula dan kolesterol (perlu berpuasa malam sebelumnya). Bagi pengambilan darah untuk mengukur paras hemoglobin (darah merah), penglibatan adalah daripada ahli isi rumah yang berumur 15 tahun ke atas.
Lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.
Penyertaan anda dalam tinjauan ini adalah secara sukarela dan temuramah serta pemeriksaan kesihatan hanya dibuat selepas mendapat persetujuan daripada anda.
Hanya setitis darah dengan menggunakan kaedah cucukan jari (finger prick) akan diambil untuk mengukur kandungan gula, paras kolesterol dan paras hemoglobin (darah merah).
Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma. Maklumat yang diperoleh akan dapat membantu dalam meningkatkan lagi taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini. Jururawat berkenaan akan memaklumkan sama ada keputusan normal atau tidak. Sekiranya tidak normal, anda akan dirujuk ke klinik kesihatan/hospital berdekatan bagi pemeriksaan lanjut.
Pasukan pengumpulan data tersebut akan mendapatkan maklumat melalui kaedah berikut:
• Sesi temuduga menggunakan tablet (Sistem eNHMS)
• Borang Soal Selidik Isi Sendiri untuk topik tertentu oleh responden (yang layak)
• Sesi Pemeriksaan kesihatan
Maklumat peribadi yang diperoleh dalam tinjauan ini akan disimpan dan dikendalikan secara sulit, bersesuaian dengan peraturan-peraturan dan/atau undang-undang yan berkenaan. Semua maklumat akan hanya digunakan untuk tujuan kajian dan rujukan susulan.
Institut Kesihatan Umum (IKU)
Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH)
No.1, Jalan Setia Murni U13/52
Seksyen U13, Setia Alam
40170 Shah Alam, Selangor
nhms.iku@moh.gov.my
dr.shubash@moh.gov.my (Penyelidik Utama)
Telefon: 03-3362 8793
Faks: 03-3362 7801