FAQ
Contact Us
Complaint & Feedback
Sitemap

Events Calendar

Aktiviti Pengumpulan Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (2024) : Pemakanan
From Monday 01 July 2024
To Monday 30 September 2024
Hits : 205

600x600 nhms2024

Jom sertai NHMS 2024: Pemakanan‼️

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2024 adalah aktiviti yang dijalankan untuk membanci status kesihatan dan faktor risiko berkaitan dalam kalangan penduduk Malaysia. Bancian kali ini pula akan memfokuskan status pemakanan, keboleh dapatan makanan serta pengambilan makanan penduduk di Malaysia.

Penyertaan anda amatlah diharapkan agar dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia menentukan dasar dan polisi kesihatan bagi memastikan kelestarian pemakanan di Malaysia. Pasukan kami akan melawat ke rumah yang terpilih secara rawak dan maklumat anda akan mewakili penduduk di Malaysia yang bakal memberi impak kepada penjagaan kesihatan negara secara amnya.

Ayuh sertai dan menyumbang kepada Malaysia yang lebih sihat!

?️ Tempoh Pengumpulan Data: Julai - September 2024
? Maklumat lanjut:
Website: iku.nih.gov.my/nhms
FB: www.facebook.com/nhms.iku
IG: www.instagram.com/nhms.iku
TikTok: www.tiktok.com/@nhms.iku
Hotline NHMS :  03-33628787
E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Location seluruh Malaysia